Bab 2 - Tragedi
Kerajaan Inderapura dan rakyatnya menjalankan kehidupan sehari-hari seperti biasa dengan menjalankan aktiviti harian biasa mereka. Disebelah rumah keluarga Bayu tinggal pasangan baru muda yang baru berkahwin. Isterinya pula sedang sarat mengandung anak pertama mereka. Pasangan muda itu bernama Siti dan suaminya pula Darma. Darma bekerja kampung sebagai petani dan juga membantu keluarga Bayu menguruskan ternakan keluarga mereka. Menanti kelahiran anak pertama Darma, dia bekerja keras agar dapat menguruskan keluarga mereka lebih-lebih lagi ketika isterinya akan berpantang nanti. Setiap pagi Siti akan menemani Darma hingga ke tepi ladang dan pulang semula ke rumahnya untuk menguruskan hal-hal di rumah biarpun dia sarat mengandung. Menuju pulang ke rumahnya dia akan menyusuri sebuah ladang buah-buahan seperti nangka, rambutan dan manggis. Siti yang kebetulan sedang melalui dusun itu mula mengidam untuk merasai buah-buahan yang sudah ranum. Melihatkan kandungannya ingin merasai buah-buahan tersebut Siti memasuki dusun tersebut dan cuba mencapai buah rambuatan yang pepohonnya agak rendang kebawah. Sedang Siti ingin mencapai gugusan rambutan itu tangannya disapa oleh tangan seorang pemuda, dia adalah anak kepada pemilik dusun tersebut. "Siti nak ambil rambutan ni Sedikit? " " Biar abang ambilkan". Siti mengambil buah rambuatan dari pemuda itu. "Siti sebelum pulang ke rumah boleh ambil dulu beberapa rambutan dengan manggis, makan dulu dipondok sebelum pulang ke rumah nanti boleh makan sekali dengan Darma". Alang-alang Darma masih ada di ladang Siti bersetuju untuk menjamah sedikit buah-buahan dipondok bersama pemuda itu. Aktiviti makan dipondok itu tanpa disedari telah mengundang salah faham oleh beberapa orang tua yang lalu lalang disitu. Dengan tidak sekena mengena Siti dan Pemuda itu ditangkap oleh orang kampung kerana telah dituduh melakukan persetubuhan dan Siti digelar curang kepada suaminya Darma. Siti dan pemuda itu diheret ke tempat tahanan. Suaminya Darma berusaha mencari dan menyelamatkan isterinya namun dihalang oleh pegawai dan orang-orang kampung.
Siti dan Pemuda itu akan dihukum rejam pada esok hari bersaksikan khalayak ramai orang kampung. Didalam ruang tahanan Siti merayu agar dia dan pemuda itu dilepaskan kerana telah berlaku salah faham antara mereka semua. Perut Siti mula terasa sakit, mungkin kerana tekanan yang dialaminya. Rayuan Siti agar membenarkan dia melahirkan anak sulungnya sebelum dia dihukum bunuh tidak diendahkan. Waktu subuh menjelma, Siti dan pemuda itu diheret ke tempat hukuman. Badan mereka ditanam sehingga ke paras leher. Darma pula dipegang oleh orang-orang kampung agar tidak mendekati Siti dan pemuda itu. Didalam badannya sudah ditanam sehingga ke leher dia dapat merasakan bayinya mula keluar. Dengan menjerit menahan kesakitan dia melafazkan sumpahan "aku bersumpah dengan nama tuhan dan juga anak yang ku lahirkan, aku akan menyumpah semua kaum wanita dan gadis akan hilang dari kerajaan ini. Sehingga tiada siapa akan tinggal lagi di kerajaan ini". Seraya Siti melafazkan sumpahnya kilat sambung menyambung diikuti angin kencang. Hukuman rejam diteruskan satu persatu batu dibaling kearah Siti dan Pemuda itu, Darma yang tidak keruan melihat isterinya diperlakukan sebegitu berlari kearah Siti untuk melindungi isterinya biarpun nyawa isterinya sudah dihujung. Dengan tidak sekena mengena sebiji batu besar terkena pada kepala Darma. Darma terbaring dipangkuan antara isterinya dan pemuda itu. Akhirnya Siti dan bayinya, Darma, serta pemuda itu meninggal ditempat tersebut. Dalam keadaan kucar-kacir serta hujan ribut yang mula membasahi kerajaan Inderapura. Bertempiran larilah orang-orang kampung menuju ke rumah masing-masing.
Ditengah keributan itu semua kaum wanita dari bayi sehingga yang tua, baik rakyat biasa, bangsawan sehinggalah permaisuri istana menjadi tidak keruan seolah-olah mereka dirasuk oleh sesuatu. "Mungkin ini adalah sumpahan dari Siti agaknya!"" jangan-jangan Siti berkata benar?" tanya orang kampung antara satu sama lain. Namun semuanya sudah terlambat, Siti dan bayi, Darma serta Pemuda yang baik hati itu sudah tidak bernyawa lagi. Di keributan dan angin kencang serta kilat sambung menyambung itu menggegarkan kerajaan Inderapura. Istana besar Inderapura menjadi kecoh apabila dayan-dayang istana, penari wanita dan permaisuri menjadi tenat. Dibahagian rumah rakyat satu persatu kaum wanita tumbang tidak bernyawa. Hari itu menjadi waktu malam yang paling lama bagi mereka sehingga tiada lagi kedengaran suara gelak tawa dari kaum wanita di Kerajaan Inderapura. Keesokan harinya semua wanita dan gadis dikebumikan dalam satu liang lahad yang besar. Kerajaan berkabung pada hari itu. Raja dan pembesar tidak dapat menguruskan hal-hal pentakbiran kerjaan. Rakyat pula tidak menjalankan aktiviti harian biasa mereka. Perniagaan dan perdagangan terhenti. Jalan-jalan di Inderapura sepi tiada orang. Hanya sekali sekala kelihatan kaum lelaki yang sedang sibuk megutip mayat gadis dan wanita. Maka tinggalah kaum lelaki sahaja di kerajaan Inderapura. Kerajaan Inderapura dan kepulauannya telah disumpah, tiada wanita atau perempuan dari luar yang berani untuk menjejakkan kaki ke pulau itu. Terputuslah hubungan antara kerajaan Inderapura dan tanah besar. Jika ada pedagang yang ingin singgah ke pulau itu maka mereka hanya akan berada diatas kapal atau sampan sahaja untuk berjual beli.
Sebulan setelah pemergian Siti, Darma dan Pemuda itu. Keadaan kerajaan Inderapura berjalan seperti biasa cuma hanya kaum lelaki sahaja yang tinggal di kerajaan itu. Orang kaya Arjuna sibuk menguruskan hal-hal urusan rakyat dikampung meskinpun dia terpaksa redha dengan pemergian ibunya sebulan yang lalu. Namun tugas dan amanah yang dipikul dijalankan seperti biasa demi memenuhi hasrat ayahnya. Dibahagian kawasan penternakan haiwan Bayu menguruskan ternakan haiwan dia seperti biasa. Bayu tiada adik beradik perempuan maka dia tidak terkesan akan kejadian yang telah berlaku pada kaum wanita di kerajaan Inderapura. Bagi Bayu dia telah kehilangan ibunya dan tidak pernah bertemu dengannya. Dia bersyukur masih mempunyai adik beradiknya dan ayah yang masih hidup. Dikawasan pembuatan tekstil, Karim sedang sibuk menguruskan perniagaan keluarganya, kehilangan adik perempuan dan ibunya menyukarkan dia untuk menguruskan tempahan pakaian yang sebelum ini diuruskan oleh ibu dan adiknya. Maka mencarilah Karim diserata kerjaan untuk mencari tukang jahit pakaian demi meneruskan legasi perniagaan keluarga mereka. Berhampiran kawasan pantai, Jebat sedang menguruskan ternakan tiram mutiaranya. Dibelek-belek sangkar ternakkan tiramnya. Dia mengambil seekor tiram dan menemui sebutir mutiara putih yang indah. "Alangkah baiknya jika arwah ibu dapat melihat mutiara ini" bisik Jebat dalam hati. Dia mengambil beberapa ekor tiram untuk dibawa pulang kerumah untuk dijadikan juadah. Sementara bapa Jebat menguruskan jemuran ikan masin dihalaman rumah. Dikawasan ketenteraan dan kawalan Andika mennjalankan tanggungjawabnya mengawasi kawasan kampung dan juga pelabuhan agar tiada wanita yang masuk ke kepulauan itu demi keselamatan mereka. Pemergian ibunya membuatkan dia berasa sedih dan terkilan kerna dia tidak dapat selalu meluangkan masa bersama ibunya. Ibu Andika pula ada pembantu permaisuri yang setia berada dipangkuan permaisuri sehingga mereka berdua meninggal bersama. Begitulah kesetiaan dan teladan yang dipegang oleh Andika sehingga dia berjanji akan menjalankan tanggungjawabnya hingga akhir hayatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan