19 Oktober 2022

Lagenda Keris Telanjang Bab 1

 

\

Bab 1 - Pengenalan

Kisah bermula disebuah pulau yang terletak bahagian atas utara Malaya, dimana kepulauan itu kaya dengan bentuk muka bumi bergunung hijau, pemandangan sebuah tasik, air terjun yang mengalir jernih mengalir ke sungai. Sungai itu pula mengalir ke sebuah Bandar kerajaan melayu yang penduduknya hidup aman sentosa. Kerajaan itu dipanggil  Kerajaan Indrapura, penduduknya ramai mengusahakan aktiviti pertanian, perikanan, pertukangan dan juga perdagangan. Sebuah kerajaan yang megah membangun ditengah-tengah kepulauan yang terasing dari tanah besar. Penduduknya terbahagi kepada beberapa kasta iaitu rakya biasa, bangsawan dan golongan raja.

Di salah satu perkampungan yang berada di kerajaan Indrapura itu tinggal pemuda yang bernama Bayu. Bayu adalah seorang pemuda yang tinggi lampai dan berbadan sasa. Bayu tinggal bersama ahli keluarganya yang mengusahakan penternakan haiwan eluarga bayu mengusahakan ternakan haiwan seperti lembu, kambing, ayam, itik dan biri-biri di kampungnya. Bayu tinggal bersama keluarganya di kampung, ibunya telah meninggal dunia ketika melahirkan Bayu. Bayu dibesarkan oleh ayahnya dan dari kecil telah biasa mengikuti ayah dan adik beradiknya menguruskan penternakan mereka.  Bayu berperanan sebagai pemerhati dan penjaga haiwan ternakan mereka sementara adik beradiknya yang lain membersihkan dan memberi haiwan ternakan makan.  Bayu memiliki seekor kuda hitam kesayangannya yang bernama Sali.  Bayu dan sali akan meronda dan menambat ternakkkan lembu, kambing dan biri-biri untuk meragut rumput dan membawa mereka pulang semula ke kurungan sebelum senja. Kehidupan Bayu dan keluarganya boleh dikatakan sebagai orang yang kaya kerana mereka memiliki tanah yang besar dikampungnya.

Dibahagian pinggiran kampung yang terletak ditepi laut pula tinggal seorang pemuda yang bernama Jebat. Seorang pemuda yang berkulit hitam manis dan berbadan tegap. Jebat merupakan seorang nelayan yang menangkap hasil laut seperti ikan dan juga kerangan bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga. Jebat adalah anak tunggal pasangan miskin yang tinggal disebuah rumah yang dekat dengan laut. Bapa Jebat seorang nelayan manakala ibunya menjual hasil laut serta mengusahakan makanan ikan masin. Jebat banyak berguru dari bapanya ilmu penangkapan ikan dan hidupan berkarang. Jebat berhasrat untuk mengembangkan perniagaan keluarganya agar mereka hidup lebih senang. Dengan ilmu yang dipelajari oleh Jebat dia mula berjinak dalam menternak tiram mutiara dan juga gamat. Sedikit sebanyak dia akan mendapatkan hasil tersebut pada masa akan datang. Selain itu Jebat mempunyai bakat atau kebolehan dalam ilmu menyelam dalam laut, hal ini menyebabkan dia digelar sebagai lelaki laut oleh penduduk setempat.

Bergerak kesebuah kawasan industri yang berada dibahagian pertengahan kerajaan itu, tinggal seorang pemuda yang bernama Karim. Karim tinggal bersama keluarganya yang mengusahakan bidang tekstil seperti batik dan juga pelikat. Ibunya mengusahakan bidang jahitan pakaian dan bapanya pula bidang tekstil. Bagaikan pinang dibelah dua pasangan itu memiliki dua orang anak iaitu Karim dan juga adik perempuannya. Karim lebih berminat untuk mengikut jejak langkah bapanya dalam membuat tekstil serta mereka corak baru bagi kain batik dan pelikat. Karim memiliki bakat dalam bidang seni sehingga dia mampu menghasilkan rekaan corak kain batik yang menjadi rebuatan penduduk di kerajaan tersebut. Karim berhasrat agar dia dapat menyambung legasi dari datuk dan ayahnya sehingga dia boleh mendagangkan tekstil hasil dari tangannya sendiri.

Disebuah kawasan yang bahagian ketenteraan dan pertahanan tinggal sebuah keluarga Hulubalang Andika. Ayah andika adalah seorang pegawai ketenteraan tinggi di istana indrapura. Ibunya pula seorang penasihat permaisuri. Manakala dia pula baru dilantik sebagai seorang hulubalang oleh istana. Dibesarkan dalam keluarga ketenteraan serta aktiviti dan jadual hariannya dipenuhi dengan latihan seperti bersilat, memanah dan menunggang kuda. Andika banyak menghabiskan masa dihutan bersama rakan-rakannya yang lain untuk menjaga dan memantau haiwan-haiwan buas yang boleh membahayakan nyawa penduduk setempat. Dia digelar sebagai salah seorang pemuda tampan dikampungnya kerana disiplin dan sifat karismanya dalam menjalankan tugasnya.

Dibahagian kawasan perkampungan bangsawan dan elit yang berdekatan dengan Istana kerajaan Inderapura. Tinggal seorang pemuda yang bernama Arjuna. Arjuna adalah seorang dari keluarga bangsawan dan juga digelar sebagai 'Orang Kaya Arjuna' di kampungnya.  Arjuna merupakan anak pertama dari tiga adik beradiknya. Manakala dua lagi adalah adik perempuan kembarnya.  Arjuna berperanan dalam menjaga kebajikan, mengutip cukai, dan menjadi pengantara antara rakyat dan juga istana sungguhpun dia ingin menjadi seorang pedagang laut. Namun hasrat dari ayahandanya yang mengharapkan dia akan menggantikan tempat ayahnya memandangkan dia satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya. Arjuna dikenal sebagai seorang yang ringan tulang, pemurah dan mesra dengan penduduk setempat. Sebarang masalah atau kesukaran yang dihadapi oleh penduduk akan cuba diselesaikan oleh Arjuna.


Tiada ulasan:

Keris Telanjang Feed

August Issue 2025 - Pakaian Renang Patriotik

  Rekaan Pakaian Renang Lelaki: Inspirasi Jalur Gemilang Dalam dunia fesyen, identiti nasional sering dijadikan sumber ilham untuk menghasil...

Popular Post