Fauzi merupakan seorang mahasiswa jurusan elektrik kejuruteraan di salah sebuah universiti tempatan di ibu kota. Minat Fauzi terhadap elektrik dan mekanikal bermula sejak dia masih kecil lagi. Fauzi merupakan anak tunggak di dalam keluarganya, ibunya telah meninggal dunia ketika melahirkannya. Fauzi dibesarkan oleh ayahnya sendiri yang juga merupakan seorang jurutera elektrik di sebuah pusat perindustrian yang terletak tidak jauh dari universitinya. Jadi setiap kali waktu tengahari mereka akan meluangkan masa bersama untuk makan tengahari. Fauzi juga seorang pelajar pintar dan cemerlang dalam akademi dan sukan. Pada bulan depan dia akan bertanding dalam pertandingan mencipta tenaga baru yang akan dipertandingkan anatara universiti yang ada dinegara. Jika Fauzi memenangi pertandingan tersebut dia akan diberikan biasiswa percuma untuk menyambungkan pelajarannya pada peringkat Master nanti. Dalam menjayakan pertandingan tersebut, Fauzi dibantu bersama kawan-kawannya dalam satu kumpulan untuk menjayakan pertandingan tersebut. Segala wang, masa, dan tenaga telah dilaburkan untuk pertandingan tersebut.
Nampaknya, projek kita ni dah semakin sempurna cuma tinggal touch up bahagian programming ni je, kata Fauzi. Ya betul tapi untuk menghasilkan programming untuk sumber tenaga baru ni kena ambil masa yang agak lama, kalo salah key in data dan pengiraan memang tak berfungsi mesin ni nanti, kata Nabil. Wey barang-barang semua aku dah survey dari supplier, semua tu kalo kita order sekarang akan sampai dalam masa 2 minggu untuk siapkan. Jadi barang sampai kita cuma pasang sahaja. Design mockup dalam 3D tu semua dah beri pada supplier dan kilang untuk buat, kata Zakwan. Harap-harap sempatlah mesin tenaga ni siap sebelum hari pertandingan. Okey lah cukup untuk hari ni, aku nak balik dulu bapak aku dah tunggu kat bawah fakulti ni. Nanti apa-apa jumpa esok ya, see ya bro. Nabil dan Zakwan masih berada di dalam studio dan workshop untuk siapkan mockup dan perisian tersebut. "Bil, malam ni kau free tak? Jom teman aku kat asrama aku. Roommate aku balik kampung la, kata Zakwan". "Apahal plak aku nak teman kau, kau ingat aku takde kerja ke?. Habis programming ni aku kena siapkan report Puan Hasliza, dia nak lusa. Kau lupa?" Alamak, aku sibuk sangat dengan design mockup ni sampai lupa dengan report dia". Jom la Bil, please sayang aku belanja ko makan malam ni tapi jangan la ambil mahal sangat, hehehe. Okey kalau kau nak belanja sangat boleh, aku save file ni kejap pastu ko kemas-kemas apa yang patut. Aku tunggu kat motor, jawab Nabil. Thank you Bil sayang. Zakwan memeluk Nabil dengan erat sambil mencium pipinya. Eww, air liur! Balas Nabil. Cepat sikit, kalau tak kena cium lagi. Kali ni kat mulut pula hehehe kata Zakwan. Nabil hanya senyum sinis sahaja sambil membuat reaksi annoying dengan Zakwan.
Zakwan menunggu Nabil di tempat letak moto bersebelahan dengan fakulti kejuruteraan elektrik. Sayang cepat sikit dah lapar ni! Jerit Zakwan. Diamlah bodoh orang dengar! Kata Nabil. Enjin motor dihidupkan dan mereka berdua bergerak ke tempat makan mereka. Sementara itu pula, Fauzi bersama ayahnya di dalam kereta. Fauzi membelek belek designnya dalam tablet sambil cuma membuat simulasi penggunaan mesin tenaganya itu. "Macam mana dengan projek tu Fauzi? Setakat ni okey tak? Kalau ada masalah papa boleh tengokkan. "Erm, takpe la papa Fauzi boleh buat sendiri, tak adil la kalau papa yang tolong" kata Fauzi. Kereta Ayah fauzi meluncur masuk ke kawasan kejiranan dan akhirnya sampai ke rumah. Fauzi membuka pintu rumah dan kelihatan kucingnya menyambut kepulanggannya. "Meoww..." Fauzi mendukung kucingnya sambil berjalan ke dapur. Sekali-sekala pandangannya melihat gambar perkahwinan ibu dan ayahnya yang terpampang besar di ruang tamu. Fauzi memberi kucingnya makan dan memanaskan makanan yang telah dibeli oleh ayahnya tadi. Ayahnya pula sibuk menyiapkan pinggan mangkuk di meja makan, sekali-sekala diusik oleh kucingnya. Mereka makan malam bersama disertai oleh gelak tawa dua beranak itu. Walaupun keluarga Fauzi tidak lengkap seperti keluarga yang lain namun mereka kelihatan bahagia bersama.
Zakwan dan Nabil pula makan malam bersama di sebuah warung ditepi jalan. Zakwan menikmati makan malamnya sambil matanya memadang Nabil. "Pahal kau pandang-pandang aku dari tadi? Kata Nabil. Takde saje, tengok muka kau jadi berselera aku makan nasi goreng ni, balas Zakwan. Kau suka kat aku ke? tanya Nabil. Lebih kurang , balas Zakwan. "Betul-betul la ni", sambil Nabil menendang kaki Zakwan. Ya, betul. Aku suka kat kau sejak kita sekolah rendah lagi. Takkan kau tak perasan? Dari kita sekolah rendah kita selalu duduk kelas yang sama sampai la sekolah menengah dan masuk universiti. Aku serius ni wey, aku tak boleh la kalau tak jumpa kau at least seminggu sekali, balas Zakwan. Okey, kalau kau serius dengan aku mulai hari ni kita jadi pasangan. Tapi dengan satu syarat. Tolong jangan panggil aku sayang dengan classmate atau dengan orang ramai. Takut kena kecam pulak, kata Nabil. Okey deal! Sambil tangan Zakwan memegang erat tangan Nabil. Malam ni teman i tidur please.. roommate i takde few days la sayang..pinta Zakwan. Zakwan! Jangan panggil i sayang depan orang ramai, sambil Nabil menendang kaki Zakwan sekali lagi. Yelah, malam ni aku teman kau tidur. Kau jangan nak macam-macam ea. Di rumah Fauzi pula , Fauzi sedang duduk di meja belajarnya melihat simulasi mesin yang dibuatnya. Sekali-sekala matanya melihat gambar arwah ibunya yang tersenyum manis. "Fauzi akan cuba yang terbaik mak, Fauzi akan buat Mak dan Papa bangga dengan Fauzi. Esok Fauzi akan test mesin tenaga tu. Mak doakan Fauzi ya. Fauzi bangun dari kerusinya dan baring di atas katil. Kelihatan kucingnya juga baring bersama Fauzi.
Keesokkan harinya Fauzi bertemu semula Nabil dan Zakwan di Fakulti kejuruteraan elektrik di kampusnya. Okey, hari ni aku nak test mesin tenaga ni samada berjaya tak untuk menghasilkan tenaga yang berterusan. Walaupun masih dalam prototype lagi but hopefully mesin ni berfungsi elok. Cuaca di luar kelihatan agak mendung dan kedengaran bunyi guruh mencelah perbualan mereka bertiga. Okey Nabil, aku akan hidupkan mesin ni kau tengok bacaan data di komputer ya. Zakwan kau stanby dengan pemadam api takut-takut mesin ni terbakar ke. Sedia, mula!. Mesin dihidupkan dan mula menghasilkan tenaga elektrik." Ia berjaya! "Kata Nabil.Bacaan data menunjukkan yang aliran elektrik yang terhasil dari mesin ini sangat baik, kita dah menemui tenaga alternatif baru yang bersih!. Sedang mereka bersorak keseronokkan tiba-tiba kilat sambung menyambung. Beberapa petir telah memanah ke bangunan fakulti kejuruteraan elektrik tersebut. "Fauzi, nampaknya mesin kita cipta ni telah menyerap elektron yang berada disekitar kita. Kalau macam ni bahaya jika kita biarkan mesin ini terus hidup!" Kata Nabil. Fauzi dan Zakwan cuba menutup mesin tersebut. Kelihatan keadaan diluar agak huru-hara dengan pelajar yang cuba selamatkan diri mereka. Tiba-tiba satu panahan petir telah memanah mesih tersebut. Fauzi, Zakwan dan Nabil tercampak ke tepi. Masing-masing berada dalam keadaan terpinga-pinga dengan apa yang terjadi. Satu cahaya terang mula meliputi bilik studio mereka dan kelihatan satu susuk lelaki keluar dari cahaya tersebut. "Korang ikut aku cepat! Disini tidak selamat! kata lelaki itu" Lelaki itu hanya berpakaian trunks sahaja menarik mereka masuk kedalam cahaya tersebut. Mereka semua telah dibawa ke masa depan 500 tahun ke depan.
Fauzi hanya tersedar dari keadaan tidak sedarkan diri. Dia mendapati dirinya berada disebuah bilik, kelihatan dekorasi bilik tersebut agak unik sedikit . Fauzi keluar dari bilik mencari Nabil dan Zakwan. Fauzi melalui sebuah koridor dan kelihatan tarikh tersebut adalah hari isnin Februari 2521. "Wush, tak mungkin la aku rasa benda ni macam prank je" " Zakwan! Nabil! Korang kat mana?! Dah la jangan nak prank aku!". "Kau dah sedar? Tanya lelaki yang hanya memakai trunks itu tasi. " Aku Faisal, orang-orang sini gelarkan aku 'Spark' dan aku person in charge disini" " kawan kau dua orang tu ada di lounge, jumpa la kat sana". Fauzi bergegas ke lounge dan berjumpa dengan Nabil dan Zakwan yang sedang duduk berdua bersama. "Korang! Macam mana korang boleh selamat? Korang okey ke? Kita kat mana ni? Kenapa diaorang tak berpakaian ni?" Tanya Fauzi. " Oh yang tu..sebenarnya; belum sempat Nabil menjelaskan Spark muncul di depan mereka. "Sebenarnya korang berada 500 tahun ke masa depan, disebabkan oleh ciptaan mesin tenaga kau separuh daripada penduduk di bumi ini mempunyai kelebeihan macam ni. Spark menunjukkan kebolehannya mengeluarkan elektrik dari badannya, dan menembak salah satu kerusi si depannya sehingga hangus terbakar. "Buat masa ni penduduk bumi yang telah terkesan dengan impak mesin tenaga ciptaan kau boleh buat macam ni. Tapi bukan semua ada kelebeihan untuk merentas masa seperti aku". Hanya dari seriap 10 juta kelagiran sahaja yang ada kemampuan ini." Jelas Spark. Dan kenapa orang yang ada disini semuanya tidak berpakaian? Tanya Zakwan. " Mudah, tenaga elektrik yang terhasil dari badan kami mampu untuk mengotakkan pakaian kami. Jadi tidak berpakaian itu lebih baik dari berpakaian. Dan apa tujuaan kami dibawa 500 tahun ke masa depan ni? Tanya Fauzi. "Mudah saja, untuk menghentikan peperangan dan perbalahan. Jika nenek moyang kami dahulu menikmati kemudahan sumber tenaga dari Petroleum, kami kini dikerah untuk menjana tenaga elektrik yang akan menghidupkan bandar-bandar pintar yang semakin hari semakin banyak permintaan terjadap sumber elektrik. Kaum dan keturunan kami dipergunakan dan dilecehkan. Saya mahu semua ini dihentikan, dan kamu bertiga sahaja yang mampu menghentikan krisis ini.
Fauzi buntu dengan segala apa yang terjadi. Dia berasa bersalah di atas apa yang terjadi pada manusia masa depan. "Ini semua salah aku, kalau aku tak cipta mesin menyerap tenaga elektron bumi tentu penduduk bumi masih aman. "Fauzi, ciptaan kita tak berniat pun untuk menjadikan manusia berbalah antara satu sama lain. Kita hanya mencipta mesin yang mampu menjana tenaga yang lebih bersih dan selama-lamanya, tidak lagi manusia perlu berperang untuk mendapatkan minyak lagi, jawab Nabil. Betul tu, dengan mesin ni kita boleh guna dimana sahaja tak kira dibumi atau diangkasa sekali pun balas Zakwan. "Okey apa yang kami perlu buat dulu? " Saya nak awak cipta mesin tersebut dan buatkan mode reverse electron. Dengan ini, Semua manusia yang terkena radiasu electron ini aka menjadi manusia normal semula. Dan sebelum mesin ini disiapkan saya perlu mengalahkan Zachary. Dia adalah orang bumi terkaya di planet, dia juga memiliki private planetnya sendiri. Dia mengumpulkan kaum-kaum lelaki di planet tersebut untuk bersuka ria. Dan dia juga mempergunakan orang seperti saya untuk menjana kuasa bandar serta koloni dia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan